forex trading logo

Borang Login



Siapa Online

Kami ada 2 pelawat online

Pengunjung

011798
TodayToday48
YesterdayYesterday50
This WeekThis Week369
This MonthThis Month1809
All DaysAll Days11798

Peluang Perniagaan

Pengedar Produk Sejuk Beku Jenama Iwani - Akan dimaklumkan tidak lama lagi

Mengedar Produk Runcit (Van Sales) - Akan dimaklumkan tidak lama lagi....

Peluang Pembangunan "RightShoppe" Kedai Serbanika Halal - Sila Klik di sini untuk keterangan lanjut..

Projek Penanaman Serai Hijau Hormon (Perladangan Kontrak) -

Koperasi The RIGHTS Malaysia Berhad dengan kerjasama konsortium-konsortium The RIGHTS seluruh negara sedang menjalankan program Penanaman Mini Estet Serai.

INDUSTRI

Serai boleh diproses dijadikan minyak esen serai (astrak) atau dikeringkan menjadi serai kering. Hasil hiliran ini memerlukan teknologi yang bersesuaian dan kini Koperasi The RIGHTS telah mempunyai teknologi mengastrak minyak serai bagi pasaran dalam dan luar Negara di Masjid Tanah, Melaka selain berusahasama dengan Chemical Engginering Pilot Plant (CEPP), UTM untuk mendapatkan produk estrak yang berkualiti tinggi.



Perkongsian Perniagaan -

 
The Rights Agro-Marine (The Rights (Perlis) Berhad) menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat perkongsian perniagaan dalam bidang mengimpot, membekal & mengedarkan produk-produk agro-marine. Bentuk perkongsian yang diperlukan adalah di dalam bentuk modal dan di dalam matawang Ringgit Malaysia (RM).
 
Syarat-Syarat & Terma-Terma Perjanjian Perkongsian Sebagai Rakan Niaga adalah saperti berikut:
1.  Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
2.  Berumur 21 tahun keatas.
3.  Nilai Minima perkongian di dalam Ringgit Malaysia RM1,000.00 & maksima RM10,000.00.
4.  Tempoh perkongsian maksima selama 12 bulan (1 tahun).
5.  Anggaran keuntungan perkongsian adalah 10% (sepuloh peratus) atau lebih sebulan. 
6.  Selepas tamat tempoh perjanjian, modal perkongsian akan dipulangkan dengan sepenuhnya.
7.  Rakan kongsi yang telah tamat tempoh perjanjian dan dipulangkan modal  perkongsian akan diberikan peluang untuk membeli saham syarikat jika berminat.
8.  Surat Perjanjian akan ditandatangani di antara pihak syarikat dengan rakan perkongsian & akan dimatikan setem.
 
Jika anda berminat & ingin mendapatkan keterangan lanjut sila hubungi:
Haris Fadzlah Mat Ali
+6013 – 2033030
haris@rights.com.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
   
Mohd Ayub Harun
+6019 – 366 8018
mohdayub@rights.com.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
  
 

Hendak Menjual - Beras SST 10% Discounted Price -

Kawan saya just call tadi diorg ada overorder beras untuk buat mini ketupat OEM diorg. Boleh tuan tolong channel buyer untuk brg ni?

Spesifikasi adalah seperti berikut: Gred:SST Peratus

Hancur:10% Packaging:50 kg/bag

Total stock:340 bags (17.0 MT)

Price/kg:RM 2.60

Price/bag:RM 130.00

Terms of payment:50% upon confirmation, 50% upon delivery Price including delivery in Semenanjung Malaysia (Preferred in Central Region).

Tlg tgk buyer dlm masa 1,2 hari ni. Harga ni kpd pihak tuan, bukan customer.

Thank you very much.

Regards. Firdaus Asut Trading 019 3354589



Kedai Tayar & Service Automotif - Akan dimaklumkan tidak lama lagi....

Taklimat Peluang/Perkongsian Perniagaan The RIGHTS Agro-Marine International -

Satu Taklimat Peluang/Perkongsian Perniagaan The RIGHTS Agro-Marine International akan diadakan bagi memberi penerangan kepada The Right Negeri-Negeri, Usahawan yang berminat & Rakan-rakan perkongsian. Taklimat akan disampaikan oleh En. Mohamad Bin Samin (Pak Mat), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Rights Agro-Marine International. KEHADIRAN ADALAH PERCUMA


Tajuk:

TAKLIMAT PELUANG / PERKONGSIAN PERNIAGAAN THE RIGHTS AGRO-MARINE INTERNATIONAL

 

Tarikh:

Sabtu, Februari 20, 2010 bermula pukul 10:00 pagi

 

Kumpulan Sasar:

Orang awam yang berminat untuk merebut peluang menjadi usahawan Agro-Marine atau menyertai perkongsian perniagaan atau mendapat info tentang perniagaan agro-marine.

 

Tempat:

THE RIGHTS PROKITT BUSINESS CENTRE, B-G-6, SERDANG PERDANA, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR (Berhadapan South City Plaza)

 

TAKLIMAT PELUANG/PERKONGSIAN PERNIAGAAN THE RIGHTS AGRO-MARINE INTERNATIONAL

 
The Rights Agro-Marine (The Rights (Perlis) Berhad) menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat perkongsian perniagaan dalam bidang mengimpot, membekal & mengedarkan produk-produk agro-marine. Bentuk perkongsian yang diperlukan adalah di dalam bentuk modal dan di dalam matawang Ringgit Malaysia (RM).


Syarat-Syarat & Terma-Terma Perjanjian Perkongsian Sebagai Rakan Niaga adalah saperti berikut:
 
1.  Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
2.  Berumur 21 tahun keatas.
3.  Nilai Minima perkongian di dalam Ringgit Malaysia RM1,000.00 & maksima RM10,000.00.
4.  Tempoh perkongsian maksima selama 12 bulan (1 tahun).
5.  Anggaran keuntungan perkongsian adalah 10% (sepuloh peratus) atau lebih sebulan. 
6.  Selepas tamat tempoh perjanjian, modal perkongsian akan dipulangkan dengan sepenuhnya.
7.  Rakan kongsi yang telah tamat tempoh perjanjian dan dipulangkan modal  perkongsian akan diberikan peluang untuk membeli saham syarikat jika berminat.
8.  Surat Perjanjian akan ditandatangani di antara pihak syarikat dengan rakan perkongsian & akan dimatikan setem.
 
 
Taklimat tentang perkongsian perniagaan akan disampaikan oleh Presiden The Rights Agro-Marine International iaitu En Haris Fadzlah bin Mat Ali. Manakala taklimat tentang peluang didalam perniagaan agromarine akan disampaikan oleh En. Mohamad Bin Samin (Pak Mat). Beliau telah melakukan R & D selama bertahun-tahun di daerah-daerah operasi khususnya dan 90% di kawasan perairan Indonesia amnya. Beliau akan dibantu oleh ahli-ahli lembaga pengarah syarikat yang lainnya yang mahir di dalam bidang masing-masing serta berpengalaman. Walau bagaimanapun beliau yang juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat akan sentiasa menghormati serta menerima pandangan dan cadangan yang akan dikemukakan oleh pihak peserta taklimat.

 

KEHADIRAN ADALAH PERCUMA. TEMPAT ADALAH TERHAD

 

DAFTAR KEHADIRAN (Sila klik untuk mendaftar)



Peluang Perniagaan dgn Ivy6 -

Ivy6 merupakan syarikat yang dimiliki oleh Usahawanita Bumiputera iaitu Puan Yong Fairos dan merupakan anggota dalam Koperasi The RIGHTS Malaysia Berhad.  Selain itu ivy6 merupakan mentor kepada Koperasi The RIGHTS dan juga merupakan Rakan Niaga TEKUN. 

Syarikat ini membekal dan menjual barangan kecantikan dan kesihatan seperti:

 - Pakaian dalam untuk pelangsingan tubuh lelaki dan wanita berasaskan "infra-Red"
 - Produk makanan seperti Set Rawatan Wanita Delima Sari, Haliaku, wu jin wan Banzhen wan, Kwao Krua, Ivy Slim Hi-Fiber, Coffee Male & Female dan Botanic Teh.
 - Fine Fabric Wash
 - Body Contour Gel
 - Ivy Body White Series
 - Cooling Pad Princess

 



Peluang Perniagaan : Pengedar Produk 'RightChoice' dan 'Beauty Herbs' -

Kumpulan dan usahawan-usahawan The RIGHTS sedang menghasilkan produk-produk Berkualiti, Halal dan Suci di atas jenama 'RightChoice' dan 'Beauty Herbs' secara berperingkat-peringkat . 

Namun ada juga produk-produk usahawan The RIGHTS di atas jenama sendiri yang juga diedarkan dan dipasarkan oleh The RIGHTS.

Oleh itu, The RIGHTS ingin menjemput calon-calon sesuai untuk menjadi usahawan Pengedar The RIGHTS bagi daerah dan kawasan masing-masing.

Antara contoh produk-produk yang tersenarai yang boleh diedarkan oleh bakal-bakal usahawan The RIGHTS adalah seperti berikut ada kini seperti berikut dan untuk mendapatkan senarai produk terkini boleh dilihat disenarai KATALOG PRODUK di dalam laman web ini:

 

RightChoice
  Susu Tepung Penuh Krim ActiGro
  Ikan Keli Sos Tomato dalam tin 
  Ikan Keli Sos Tomato Pedas dalam tin
  Ikan Keli Kari dalam tin 
  Minuman Segera Serai 
  Teh Serai
 
Beauty Herbs
  Sabun Pencerah Muka
  Sabun Pencerah Muka
  Sabun Pencerah Muka
  Sabun Pencerah Muka
 
Captain & Captain
  Rempah Serbanika
 
Shahira
  Kicap Lemak Masin
  Kicap Lemak Manis
 
Lain-Lain
  Serai Kering
  Serai Mentah
  Tebu
  Rozel
  Ikan Keli Organik

SYARAT-SYARAT MENJADI PENGEDAR / AGEN KAWASAN / DAERAH

  Warganegara Malaysia
  Berumur 18 tahun ke atas.
  Menjadi ahli usahawan The RIGHTS dengan membayar yuran RM 300.00
  Mempunyai modal pusingan pertama serendah RM 500.00

CARA MEMOHON

  Mengisi borang menjadi ahli Usahawan The RIGHTS.
  Memajukan keterangan diri (resume).
  Salinan Kad Pengenalan.
  Salinan pendaftaran perniagaan / syarikat (jika ada, jika tiada digalakkan untuk mendaftar dengan segera).

KELEBIHAN

  Diberi peluang untuk menjadi Ketua Eksekutif Syarikat Berhad di Kawasan jika diperbadankan kelak.
  Menjadi pengedar semua produk RightChoice dan Beauty Herbs yang dijangka akan dibangunkan sehingga 1,000 produk menjelang 2012.
  Dibantu untuk mendapatkan pinjaman untuk membeli van dan modal pusingan kepada yang layak.
  Keuntungan lumayan dan berpotensi membuka pusat jualan borong dikawasan yang diwakili.

KEISTIMEWAAN

  Digalakkan untuk membeli saham di dalam mana-mana Konsortium The RIGHTS Negeri masing-masing.
  Diberi alamat email bagi perhubungan seperti contoh : azman@rights.com.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
  Senarai produk terkini di senaraikan di laman web www.rights.com.my
  Nama pengedar juga disenaraikan di laman web www.rights.com.my / www.women.rights.com.my / www.bio.rights.com.my / www.event.rights.com.my
  Hanya permohonan senarai pendek sahaja diberikan pertimbanan.  Keutamaan kepada Ibu Tunggal, Keluarga Miskin, Orang Kurang Upaya (Yang Sesuai) akan diberikan keutamaan.
  Pendapatan boleh mencecah lebih RM 5,000.00 hingga RM 100,000.00 sebulan.  Sebahagian produk hanya membekal ke Hipermarket yang berada didalam kawasan pengedar seperti Mydin.  Pengedar juga boleh membekal kepada kedai-kedai runcit, restoran dan sebagainya.

Sebarang keterangan lanjut sila hubungi kami melalui telefon 03 - 89410030 atau melalui email : admin@rights.com.my

Pasaraya Wanita - Akan dimaklumkan tidak lama lagi.....

Kontrak Menternak Lintah - Akan dimaklumkan tidak lama lagi....

Projek Keli Organik -

The RIGHTS (Selangor) Berhad telah menjalankan beberapa projek penghasilan produk yang berasaskan keli organik untuk pasaran tempatan dan luar Negara.

Keli merupakan salah satu sumber makanan dan protein yang utama di dalam Negara, oleh yang demikian pihak The RIGHTS (Selangor) Berhad telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan beberapa produk yang berasaskan keli organik. Penggunaan keli organik ini adalah berdasarkan kepada sistem penternakan dan pemakanan yang terjaga dan berkualiti supaya produk yang di hasilkan adalah bersih,selamat dan suci untuk di konsumsi oleh penduduk Malaysia dan luar Negara.

Berdasarkan penyelidikan yang di lakukan, kami telah memilih serunding organik sebagai produk pertama keluaran kami dan telah ada di pasaran. Dan kami merancang untuk Berkongsi Perniagaan dengan usahawan-usahawan bumiputra yang berminat untuk menyertai kami untuk mempelopori bidang pemprosesan dan penghasilan Fish Ball dan Fish Cake serta Nugget dan Fish Fillet untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Sila hubungi The RIGHTS Bio Keli Industries untuk pendaftaran projek-projek diatas di talian 013-2311315 dan 03-60910696. Penyertaan adalah terhad.

Peluang-Peluang Perniagaan The RIGHTS Bio Keli Industries:

-  Contract Farming (Projek Ternakan Keli Organik) – *Akan Di Buka.
-  Projek Penghasilan Makanan Ikan (Fish Pellet)
.
-  Projek Penghasilan Makanan Berasaskan Ikan

 -
 Fish Cake
 -
 Fish Ball
 -
 Fish Fillet
 -
 Nugget
 -
 Fish Chips

-  Pengedar untuk Produk Keluaran Syarikat diperlukan.

Â



KEDAI RAKYAT - "RightShoppe" Pasar Mini / Pasaraya -
RIGHTSHOPPE KEDAI SERBANIKA HALAL
 


 
RIGHTSHOPPE FRESH MART
 

 
 
RESTORAN RAKYAT
 


   
RIGHTSHOPPE PASARAYA HALAL
   
 
 
 KEDAI RAKYAT - HALALAN TOYIBBA

 


 

PENGENALAN

 

 The RIGHTS sedang menawarkan kepada KOMUNITI / PERSATUAN / KOPERASI untuk membuka Pasar Mini / Pasaraya di atas jenama "RightShoppe" yang juga di kenali sebagai KEDAI RAKYAT di setiap daerah di seluruh Negara.  
   
 Antara jenis perniagaan KEDAI RAKYAT yang telah dikenalpasti adalah "RIGHTSHOPPE" KEDAI / PASARAYA RAKYAT, RESTORAN RAKYAT (Kerjasama dengan Koperasi UKHWAH Berhad), "RIGHTSHOPPE" FRESHMART, PENGILANGAN PRODUK HALAL (Kerjasama dengan Sidratul Corp.) serta INUDUSTRI PENTERNAKAN dan PERTANIAN.
   
 KEDAI RAKYAT ini diilhamkan selepas melihat kepada perkembangan sebuah pasaraya di Jepun yang mana pasaraya tersebut dipunyai oleh Komuniti dan ia berjaya memberikan perkhidmatan dan barangan yang berkualiti kepada komuniti (masyarakat setempat) pada harga yang jauh lebih murah daripada Hipermarket-Hipermarket besar.
  
  

 


 

TUJUAN

 


 Keujudan KEDAI RAKYAT adalah untuk memberikan perkhidmatan dan produk Halal terutama produk yang dihasilkan daripada Usahawan Muslim.
   
 Memberikan perkhidmatan dan produk pada harga yang paling rendah, kerana KEDAI RAKYAT ini adalah HAK MILIK Komuniti (Masyarakat).
  
   
 Membantu usahawan-usahawan Muslim memasarkan produk mereka disemua rangkaian KEDAI RAKYAT RightShoppe terutama produk-produk Halal.
  
   
 KEDAI RAKYAT RightShoppe juga dijangka akan dapat membantu kerajaan untuk menstabilkan harga barangan  yang kian naik akibat daripada pengambilan untung oleh orang tengah dengan menyalurkan subsidi dan beberapa insentif melalui rangkaian kedai serbanika ini kelak.
  
  

 


 

KENAPA RIGHTSHOPPE?

 

 Orang Islam terutamanya akan dapat akses kepada produk Halalan Toyibba (Halal, Suci lagi Bersih) yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha Bumiputera / Islam sendiri di seluruh negara.
  
   
 Untuk maklumat orang-orang Islam, sesebuah kedai runcit / mini market mempunyai barangan yang dijual diangar kurang lebih 12,000 produk, tetapi tidak sampai 15 peratus sahaja yang boleh disediakan oleh orang Islam / Bumiputera.  Dengan penyenaraian barangan ini, maka banyak lagi usahawan pembuatan orang-orang Islam boleh dibangunkan berdasarkan kepada peluang yang ada.
  
  
   
 KEDAI RAKYAT RightShoppe bukan milik individu tetapi dimiliki oleh ahli kariah setempat, milik koperasi, milik persatuan, milik semua orang Islam, jadi tidak timbul rasa iri hati atau sakit hati yang membuatkan orang Islam / Melayu kebanyakkannya memulaukan kedai kedai orang Islam / Melayu kerana alasan-alasan sendiri yang semua maklum.
  
  
   

 Oleh itu, KEDAI RAKYAT RightShoppe akan dibangunkan dengan elemen-elemen bijak untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menyediakan produk pada harga rendah dan setanding pasaraya besar serta dilengkapi sistem pengurusan yang cekap dan kakitangan yang akan dilatih supaya dapat melayan pelanggan dengan penuh mesra tidak kira dimana KEDAI RAKYAT RightShoppe diwujudkan sama ada di bandar atau di kampung pendalaman semuanya sama.
  
  
   
 Dengan semua itu, diharap pelanggan tidak meletakkan perniagaan orang Islam / Melayu pada 'standard' yang rendah dan mengecewakan dan diharap pelanggan bukan sahaja terdiri daripada orang Islam / Melayu tetapi semua rakyat Malaysia.
  
   

 Walaupun pada masa ini, KEDAI RAKYAT RightShoppe tidak menjual 100 peratus produk keluaran orang Islam, tetapi proses kearah itu akan diusahakan dengan dengan lebih agresif dengan mewujudkan Taman-Taman Perindustrian Halal yang boleh diusahakan oleh Usahawan-Usahawan Islam dari seluruh negara.
  
   
 Untuk maklumat, lebih 85 peratus makanan yang dimakan kita hari ini tergolong dalam kategori subahah.  Halal dan Haram itu jelas jika ada unsur-unsur yang tidak pasti janganlah kita dekati.  Tetapi pun begitu kita tidak boleh menukar sesuatu itu dengan sekelip mata, ia harus diusahakan satu persatu sehingga kita mencapai hasrat yang dicitakan.  Kita tidak haruslah hanya bercakap tetapi mestilah berusaha ke arah itu.
  
  
   
 Jadi KEDAI RAKYAT RightShoppe adalah titik permulaannya dan kemudiannya haruslah dipenuhi komponen-komponen penyokong.

 

 

 

PENGURUS PROJEK

 Pengurus Projek ini adalah The RIGHTS Privilege Berhad dengan kerjasama beberapa badan NGO dan Kementerian / Agensi.
   
 Perlaksanaan akan diperolehi dari syarikat-syarikat konsortium The RIGHTS  yang berada diseluruh negara.
   
 Manakala sokongan akan diperolehi dari Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA),  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) dan lain-lain agensi kerajaan dan swasta.
  

 


 

ANGGARAN KOS

 Anggaran kos projek:  RM 250,000.00 hingga ke RM 5 juta.

 


 

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON?

Dengan itu, The RIGHTS Berhad menawarkan kepada  pemimpin-pemimpin masjid, ketua-ketua kampung, pengerusi JKKK, Pengerusi Persatuan Penduduk, Pemimpin-Pemimpin Parti Politik dan individu atau orang perseorangan yang berkemampuan dan berminat untuk mengambil peluang ini bagi mewujudkan KEDAI RAKYAT ini.

 


 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


 Beragama Islam.
 Berumur 25 - 50 tahun.

 Sihat tubuh badan.
 Sijil SPM ke atas dan berminat dalam bidang perniagaan serta boleh menumpukan sepenuh masa.
 Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan baik.
 Tempat yang dipohon masih mempunyai kekosongan (Untuk melihat tempat yang masih kosong sila Klik disini).
 Kawasan / daerah / taman yang mempunyai rumah orang Melayu melebihi 500 buah.
 Mengenalpasti dan memilih 8 orang bakal calon Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat awam (syarikat Berhad) di setiap daerah bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
  
    
       ALP / Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
  ALP / Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (T/CEO)
  ALP / Pengarah Perhubungan Korporat
  ALP / Pengarah Kewangan
  ALP / Pengarah Projek
  ALP / Pengarah Projek
  ALP / Pengarah Projek
  ALP / Pengarah Projek
    

CARA MEMOHON

Kepada yang berminat untuk mengetuai projek / syarikat ini mestilah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

   Sila email ke : \n admin@rights.com.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya untuk memohon secara rasmi dengan menyatakan tempat yang dipilih.
     
   Sila sertakan Keterangan Diri (Resume).
     
   Kami akan membalas email pemohon dengan menyatakan diluluskan atau tidak, jika lulus kami akan menghantar borang permohonan dan pemohon dikehendaki mengisi borang tersebut beserta yuran pendaftaran sebanyak RM 300.00 (dengan menggunakan Cek atau Wang Pos di atas nama THE RIGHTS PRIVILEGE BERHAD).
    
    
     
   Satu surat perlantikan akan diberikan beserta dengan syarat dan terma bagi tindakan seterusnya.

 


PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut boleh menghubungi terus:


The RIGHTS Privilege Berhad
 B - 02 - 09, Persiaran Selatan,
Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
  
+603 - 8941 0030 
+603 - 8941 7030 
+6013 - 203 3030
  
admin@rights.com.my
  
  


Kontrak Menternak Cacing - Akan dimaklumkan tidak lama lagi.....

The RIGHTS Garden Cafe, Perniagaan Baru The RIGHTS -
KUALA LUMPUR 31 Jul - Kumpulan The RIGHTS kini sedang membangunkan The RIGHTS Garden Cafe yang berkonsepkan taman makanan akan dibuka di beberapa kawasan yang telah dikenalpasti seperti di Pagoh dan Parit Raja di Johor, Lembah Pantai di Kuala Lumpur, Damansara Damai di Selangor dan di Sungai Petani, Kedah.
 
The RIGHTS Garden Cafe telah memasuki fasa akhir perlaksanaan adalah kesinambungan Program Mentor Mentee yang pernah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedikit masa dulu.
 
Lebih 30 jenis perniagaan yang ditawarkan kepada Siswazah / Belia yang ingin berniaga di The RIGHTS Garden Cafe.  Antara jenis dan peluang perniagaan yang akan ditawarkan oleh Mentor-Mentor adalah seperti Kiosk Mat Salai, Aiskrim, Burger, Nasi Lemak, Pelbagai Mee & Meehon, Kiosk Pizza, Bun & Roti, Buah-Buahan, Jeruk dan lain-lain.
 
Pembangunan The RIGHTS Garden Cafe di atas tanah seluas 1 ekar ini akan dilakukan oleh Sub-Sub Konsortium Usahawan (Syarikat Awam) yang telah diperbadankan di setiap kawasan di seluruh negara bagi membolehkan sekitar 24 hingga 30 usahawan baru diwujudkan.
 
Setiap siswazah atau belia yang memohon untuk berniaga di The RIGHTS Garden Cafe akan diberikan sebuah kiosk dan tempat berniaga secara percuma selama 3 tahun dan hanya memerlu membayar kos-kos perkhidmatan seperti api, air, pembersihan, wifi dan sebagainya.
 
Peserta akan diminta menyediakan modal sekitar RM 30,000 hingga RM 40,000 seorang, dan bantuan pinjaman melalui mikro kredit sedang diuruskan.  Siswazah / Belia yang berminat boleh menghantar permohonan ke alamat email admin@rights.com.my
 


Bekalan Tebu Mentah -

The RIGHTS kini mempunyai tebu mentah daripada Gred A, B dan C sekitar 40 ton sebulan.  Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan tebu-tebu berkenaan bolehlah menghubungi The RIGHTS di talian telefon 03-89410030 atau 013-2033030 atau boleh juga melalui email admin@rights.com.my.

Bekalan tebu ke Lembah Kelang akan sampai pada setiap hari Rabu dan boleh diambil pada setiap hari berkenaan.



"RightShoppe" Kedai Serbanika Halal -

The RIGHTS sedang menawarkan pembukaan kedai di atas jenama RightShoppe Kedai Serbanika Halal yang juga di kenali sebagai Kedai Rakyat di setiap daerah di seluruh Negara.  Kedai serbanika ini dijangka akan dapat membantu usahawan-usahawan pembuatan untuk memasarkan produk mereka disemua rangkaian RightShoppe terutama produk-produk Halal.

RightShoppe juga dijangka akan dapat membantu kerajaan untuk menstabilkan harga barangan  yang kian naik akibat daripada pengambilan untung oleh orang tengah dengan menyalurkan subsidi dan beberapa intensif melalui rangkaian kedai serbanika ini kelak.


KENAPA RIGHTSHOPPE?

Orang Islam terutamanya akan dapat akses kepada produk Halalan Toyibba (Halal, Suci lagi Bersih) yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha Bumiputera / Islam sendiri di seluruh negara.

Untuk maklumat orang-orang Islam, sesebuah kedai runcit / mini market mempunyai barangan yang dijual diangar kurang lebih 12,000 tetapi tidak sampai 10 peratus sahaja yang boleh disediakan oleh orang Islam / Bumiputera.  Dengan penyenaraian barangan ini, maka banyak lagi usahawan pembuatan orang-orang Islam boleh dibangunkan berdasarkan kepada peluang yang ada.



Pengedar Absorber / Spring - Akan dimaklumkan tidak lama lagi.....

Soft Ais Krim (Mingo-Mingo) - Akan datang tak lama lagi....

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI PENEROKAAN TANAH SENDIRI SECARA KOMERSIL KAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERKINI DI TANAH BANDAR SRI SENDAYAN SEREMBAN NEGERI SEMBILAN D.K. -

Siswazah, Belia, Pesara atau  yang berminat untuk menjadi usahawan tani komersil adalah dipelawa untuk menyertani skim Usahawan Tani yang dianjurkan oleh Koperasi Pembangunan Sendayan N.S. Berhad dan The RIGHTS (N.Sembilan) Berhad.

Projek akan diusahakan di atas 2 ekar ladang tiap-tiap satu berjumlah 1,000 ekar di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

Antara program / projek yang telah dikenalpasti adalah:

-
 Akuakultur:
Ikan Keli, Patin, Talapia, Puyu dan Ketutu.
-
 Tanaman:
Buluh (Rebung), Limau (Kasturi, Nipis, Purut), Pisang, Mas Cotek, Serai, Misai Kucing dan Sayur-Sayuran.
-
 Ternakan:
Ayam Kampung, Itek Telor, Kambing dan Lembu.
-
 Peruncitan:
Tapak Semaian, Pusat Pengumpulan, Pengilangan dan Pemasaran.
-
 Perkhidmatan:
Homestay dan Agritourism.

Kami memerlukan usahawan tani generasi baru bagi membangunkan tanah-tanah berkenaan.

 

 

Pemohon:

-
 Bumiputera Islam berumur 21 hingga 50 tahun.
- Warga Negara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada generasi kedua Peneroka FELDA Sendayan).
-
 Tidak mempunyai rekod tidak baik dengan Institusi Kewangan (bagi pemohon yang ingin untuk mendapatkan pinjaman)

 

 

Disediakan:

-
 Diperuntukkan tanah seluas 2 ekar setiap seorang secara sewaan selama 5 ke 10 tahun.
-
 Dibantu batuan pinjaman, maksima RM 50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) daripada Agro Bank / MARA (tertakluk kepada syarat dan terma).
-
 Peserta boleh memilih sendiri jenis pertanian dan ternakan (perniagaan) yang disedia.
-
 Hasil dibeli balik The RIGHTS (N.Sembilan) Berhad mengikut harga pasaran semasa

 

Syarat Permohonan:

Mempunyai modal permulaan sebanyak RM 2,500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus sahaja).

- Penyewaan Tanah / Perjanjian.
-
 Penyewaan rumah di Taman Bukit Sendayan.
-
  Menjadi anggota Koperasi Pembangunan Sendayan NS Berhad
-
  Membuka akaun dengan Agro Bank, Cawangan Seremban.
-
 Menjadi ahli Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
-
 Membeli satu unit saham dalam The RIGHTS (N.Sembilan) Berhad

Semua pembayaran hendaklah dibuat terus ke THE RIGHTS (N.SEMBILAN) BERHAD dengan menggunakan cek / wang pos.

 

Anggaran Pendapatan:

Peserta dijangka mendapat pendapatan diantara RM 1,500 hingga 3,000 sebulan.

 

Hubungi:

Kepada yang berminat sila hubungi kami melalui alamat di bawah atau boleh terus datang ke The RIGHTS Business Centre:


 

The RIGHTS (N.Sembilan) Berhad

 

 

B – 02 – 09, Persiaran Selatan,
Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

+603 – 8941 0030
+603 – 8941 7030

Kasmani bin Hj. Abu Hassan
+6017 - 3332431
\n kasmani@rights.com.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
 Haris Fadzlah Mat Ali
+6013 – 2033030
\n haris@rights.com.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
   
Mohd Ayub Harun
+6019 – 366 8018
\n mohdayub@rights.com.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
  


Francaisi Restoran Ani Sup Utara - Francaisi Restoran Ani Sup Utara

Kiosk Mat Salai - Kiosk Mat Salai


Get This? Newsflash Scroller PRO for Mambo 4.5.1, © 2004 webraydian.com
Laman Utama
Selamat Datang Ke Rights Event Resources Sdn Bhd
RIGHTSHOPPE KEDAI SERBANIKA HALAL     RIGHTSHOPPE FRESH MART       RESTORAN RAKYAT         RIGHTSHOPPE PASARAYA HALAL            KEDAI RAKYAT - HALALAN TOYIBBA PENGENALAN ...
Satu Taklimat Peluang/Perkongsian Perniagaan The RIGHTS Agro-Marine International akan diadakan bagi memberi penerangan kepada The Right Negeri-Negeri, Usahawan yang berminat & Rakan-rakan perkongsian. Taklimat akan disampaikan oleh En. Mohamad Bin...
  The Rights Agro-Marine (The Rights (Perlis) Berhad) menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat perkongsian perniagaan dalam bidang mengimpot, membekal & mengedarkan produk-produk agro-marine. Bentuk perkongsian yang diperlukan...
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, Seperti yang dimaklumkan, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjemput GABEM menghadiri satu sesi taklimat GTFS pada 22 Disember 2009 di BNM.  Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil...
   SERDANG, SELANGOR 13 Jan - Sejak pengiklanan beberapa jawatan kosong di The RIGHTS, lebih 600 permohonan telah diterima dari seluruh negara.  Oleh yang demikian The RIGHTS kini sedang merancang untuk mengambil lebih ramai calon-calon yang...
Siswazah, Belia, Pesara atau  yang berminat untuk menjadi usahawan tani komersil adalah dipelawa untuk menyertani skim Usahawan Tani yang dianjurkan oleh Koperasi Pembangunan Sendayan N.S. Berhad dan The RIGHTS (N.Sembilan) Berhad. Projek akan...
The RIGHTS memerlukan 4 individu bagi mengisi jawatan kosong sebagai Eksekutif Stokis Negeri di negeri-negeri berikut: -  Negeri Kelantan -  Negeri Pahang -  Negeri Sembilan -  Negeri Terengganu Kelayakan: -  Mempunyai Ijazah / Diploma dalam...
Kumpulan dan usahawan-usahawan The RIGHTS sedang menghasilkan produk-produk Berkualiti, Halal dan Suci di atas jenama 'RightChoice' dan 'Beauty Herbs' secara berperingkat-peringkat .  Namun ada juga produk-produk usahawan The RIGHTS di atas jenama...
  ANJURAN BERSAMA Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Gagasan Badan Ekonomi Melayu Gabungan Pelajar Melayu Malaysia (Negeri Selangor) Syarikat-syarikat Kumpulan The RIGHTS  RAKAN MEDIA  ...
        Projek GENOME X yang telah dilancarkan sejak 17 Januari 2008 dahulu telahpun mengorak langkah untuk berkembang dengan lebih jauh dengan program-program pembangunan usahawan yang lebih tersusun dan teratur.         Sehingga kini,...

« MulaSblm123456KemudianAkhir »
Laman 1 dari 6


Powered by AlphaContent 4.0.14 © 2005-2010 - All rights reserved

Galeri Gambar

JA slide show

Kalender Program

<<  Ogos 2010  >>
 Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa  Ah 
        1
  2  3  4  5  6  7  8
  9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Kursus / Seminar / Event


more ...

Berita




Rights Event Resources Sdn Bhd. XHTML and CSS.